"The future belongs to those who prepare for it today!"-Malcom X

Kuasa Kepimpinan Al-Fateh (IQ-EQ-SQ)

Monday, May 24, 2010

GMS Desak Tarik Balik Dakwaan AUKU Ke Atas 4 Mahasiswa UKM

















Pihak Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) semakin menerima tekanan demi tekanan apabila pelbagai pertubuhan mahasiswa dan NGO mula bersuara dan mendesak agar UKM mengugurkan dakwaan yang dikenakan terhadap empat orang mahasiswa yang telah ditahan pada Pilihan Raya Kecil(PRK) Hulu Selangor baru-baru ini.

Terbaru, Gerakan Mahasiswa Sedar(GMS), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) berdiri bersama-sama dengan gerakan mahasiswa lain tegas mendesak UKM menarik balik dakwaan tersebut.

GMS dalam kenyataan medianya tegas menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan oleh pihak UKM adalah bertentangan dengan Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan, sekaligus menafi kebebasan bersuara yang termaktub di dalam perlembagaan.

Bagi GMS, pihak universiti sepatutnya mengambil jalan yang lebih efektif dalam membangunkan pelajar, bukan menyekat pembinaan minda dengan memberikan tekanan kepada mereka.

Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 adalah membantutkan artikulasi minda mahasiswa, sepatutnya sebagai sebuah universiti terkemuka yang telah dinobatkan antara universiti penyelidikan terbaik di Malaysia UKM lebih terkehadapan dalam mengkaji akta ini yang secara terangan membelakangkan AKTA yang sedia ada.

GMS juga berpendapat, pihak UKM harus lebih profesional dalam menangani isu ini, bukan dengan mengiyakan sahaja arahan daripada pihak yang tidak beretika semata-mata kerana mereka dikatakan terlibat dengan kempen Pakatan Rakyat.

"Apakah jika mereka berkempen untuk UMNO/BN mereka akan dikenakan dakwaan sebegini?" soal wakil GMS dalam kenyataan medianya.

GMS tegas berpendapat UKM sepatutnya menghargai serta bersyukur kerana masih wujud lagi mahasiswa yang cakna dengan hala tuju pembangunan negara.

GMS dengan ini, sentiasa serta tetap menyokong penuh di atas tindakan pihak UKM dalam menggugurkan dakwaan ke atas empat pelajar ini yang sama sekali tidak berasas.

GMS berharap ruang ilmiah dapat diwujudkan dikalangan mahasiswa agar pada masa akan datang, mereka di antara yang dapat mendominasi segala hal yang melibatkan masa depan negara yang tercinta ini. Mereka ini pelapis kepimpinan yang berintergriti dan konsisten dalam perjuangan.

Petikan daripada : http://www.erapakatan.com/berita/gms_desak_tarik_balik_dakwaan/
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

2 comments: on "GMS Desak Tarik Balik Dakwaan AUKU Ke Atas 4 Mahasiswa UKM"

Anonymous said...

la .... bkn ke GMs dh bubar ker ???

Anonymous said...

GMS? kejap kata bubar, kejap kata gegar, secara perorangan atau persatuan? kepentingan peribadi atau dendam kesumat? ikut fikiran atau perasaan? ntah la...jangan sampai termakan sumpah kata2 sendiri.

Post a Comment