"The future belongs to those who prepare for it today!"-Malcom X

Kuasa Kepimpinan Al-Fateh (IQ-EQ-SQ)

Sunday, February 22, 2009

AKU ADALAH AKU...

Salam a’laik wahai ikhwan-ikhwanku…detik berganti saat,saat berganti minit,minit berganti jam dan masa akan terus berlalu meninggalkan kita tanpa menoleh ke belakang lagi..Begitulah yang berlaku pada diriku yang begitu hina disisi Allah S.W.T ini.Tanggal 19 Februari 1990 merupakan hari yang amat istimewa bg diriku kerana pada tarikh keramat itulah seorang insan yg bernama Ahmad Shukri Bin Kamarudin dilahirkan didunia yang fana ini beserta dengan janji-janjinya dihadapan Allah S.W.T untuk memperhambakan dirinya hanya untuk Allah dan menjadi khalifah dimuka bumi ini untuk memakmurkan bumi Allah yang mulia ini.

Tanggal 19 Februari 2009 yang lalu maka genaplah usiaku 19 tahun .Masih lagi ku ingat hari tersebut disambut oleh rakan-rakanku di asrama dengan menghidangkan sebungkus biskut tiger,sebungkus twissties perisa hot n spicy,coklat wafer,sebungkus coklat bytes dan sebungkus roti coklat(air xde pun).Syukran ye Faiz,Nazirul n Wafi..Tak lupe gak untuk akh Azlan,akh Umar,akh Hamsja n Azdfar yang mengwishkan “hepy besday” untukku..sayang korang.hehehehe…

Sudah 19 tahun aku hidup di muka bumi Allah ini tanpa sebarang bayaran sekali pun,namun adakah selama ini aku telah bersyukur?Terlalu banyak dosa dan noda yang telah aku lakukan dihadapan Allah namun Allah masih menghidupkan aku dengan limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya…Ya Allah,hinanya aku dihadapan-MU.Apakah yang telah aku lakukan sepanjang 19 tahun hayatku ini?Terlalu banyak dosaku pada-MU ya Allah.

Ya Allah…Pandanglah hatiku yang hina ini Ya Allah,jangan Kau berpaling daripada melihat hatiku Ya Allah,aku amat memerlukan Mu Ya Allah walaupun aku tahu yang Kau lansung tidak memerlukan aku.Ampunkanlah segala dosa-dosa yang pernah aku lakukan selama ini sama ada dalam keadaan sedar atau tidak sedar Ya Allah..Sesungguhnya aku amat-amat hina disisi-Mu Ya Allah.Bimbinglah aku ke jalan yang lurus Ya Allah..Sesungguhnya aku mendambakan Cinta-MU dan hanya Cinta-Mu yang ku harapkan.

Kepada kedua ibu bapaku,terima kasih yang tidak terhingga ku ucapkan untuk mak dan abah..Mak,terima kasih kerana mak dah bersusah payah mengandungkan sy,melahirkan sy,menjaga sy,menyayangi sy dan menatang sy bagai minyak yg penuh.Mak dah bg sy sepenuh kasih sayang yang tidak terhingga.Sy amat-amat sayangkan mak…Abah,terima kasih kerana dah mendidik sy dengan penuh kasih sayang dan mengajar sy erti dan makna sebenar kehidupan.Ampunkanlah dosa-dosa yang pernah sy lakukan selama ini.Terlalu banyak dosa yang pernah sy lakukan kepada mak dan abah namun mak dan abah tetap menyayangi sy dengan penuh kasih sayang.Sy amat-amat sayangkan abah..

Kepada sahabat-sahabatku,terima ksih kerana sanggup dan sentiasa bersamaku walau dalam keadaan susah dan senang.Kepada akh Umar,akh Azlan,akh Hamsja dan Azdfar,terima kasih kerana banyak memberikan nasihat kepadaku dan sy tak kan lupa sampai bila-bila kenangan kita duduk sebilik.Terima kasih sahabat-sahabatku…SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE-19 SHUKRI…


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

1 comments: on "AKU ADALAH AKU..."

muslimahsejati said...

bgus nyer dpt sahabat mcm tue..
jgn abaikan mereka..
selamat menyambut kelahiran yang ke-19..

Post a Comment