Hidup Erdogan! Hidup Khilafah Uthmaniyyah! Hidup Ummat Islam! Hidup kemanusiaan!...
Bangga dengan Perdana Menteri Turki Reccep Tayyip Erdogan yang berani menyatakan kebenaran di waktu ramai orang menikuskan diri dalam forum tu. Peres oh Peres. Memang patut Khilafah Uthmaniyyah lama bertapak di sana. Hati mereka yang cintakan Islam dan kedamaian, sentiasa teguh. Saya belum dapat ke Turki, melihat tinggalan khilafah agung yang penuh misteri. Mungkin suatu hari saya akan dapat ke sana menghirup tinggalan nafas ketaqwaan. Semoga ia kembali bernafas, menjadi nadi ummat Islam seantero dunia.
Tadi ketika membaca buku tentang Orintalism karangan Dr. Abd Rahman Obeid...beliau menerangkan sejarah penterjemahan al-Quran. Al-Quran selamanya tidak akan mampu diterjemahkan.
Ketawa saya mendengar dan membaca Alexander Ross yang begitu hasad dengan Islam menterjemahkan al-Quran siap beri nama yang memang menggambarkan hasad dengkinya terhadap Islam. Dia tidak menterjemah dari bahasa Arab ke English memandangkan dia tidak mengetahui bahasa Arab. Sebaliknya dia menterjemah dari terjemahan Quran berbahasa Perancis ke bahasa Inggeris. Terjemahan ini pada tahun 1649.
Ini Tajuk dia:
"The Alcoran of Mahomet translated out of Arabique into French, by the Sieur Du Ryer...And newly Englished, for the satisfaction for all that desire to look into the Turkish vanities."
قرآن محمد المترجم من العربية إلى الفرنسية بواسطة السيد دي رير, والمترجم ترجمة جديدة إلى الإنجليزية إرضاء لكل من يرغب في أن يتعرف على الباطل والتفاهت التركية
Cuba lah baca tajuk terjemahan Quran tu, nampak sangat hasad dengki mereka terhadap Islam, siap sebut untuk sesiapa yang ingin tahu pasal kepalsuan Turki.
Apa ke hal? Dalam Quran sepatah kalimah sebut Turki pun tak ada. Kalau tak percaya carilah dari surah al-Fatihah sampai al-Nas, jumpa ke? Kenapa begitu sekali hasad mereka? Kerana suatu ketika dahulu Daulah Uthmaniyyah, khilafah agung itu sangat dibenci Eropah. Khilafah Islamiyyah yang menguasai hingga ke Austria Hungary... Cuma agak disibukkan dengan Saffavid, Iran, dan beberapa perkara lagi, kalau tidak mungkin seluruh dunia mendapat naungan Khilafah Islamiyyah.
Al-Quran bagi mereka orang Eropah, ialah kitab orang Turki.
Setelah sekian lama, Khilafah Uthmaniyyah jatuh. Arab berperang dahsyat dengan Turki. Entahlah siapa dalangnya. Zionis kah? Mungkin kita menanti orang-orang Arab untuk membela Ghaza. Tapi nampak seperti ada cahaya yang muncul dari bumi Khilafah yang runtuh. Erdogan seolah ada keupayaan itu. Siapakah guru di sebalik pemimpin bertaqwa ini? Insya Allah, mereka yang seperti Erdogan akan tumbuh semakin ramai lagi.
P/S: Ketawa pula sekali lagi mengingatkan Muntazer al-Zaidi, wartawan pelontar kasut kepada George Bush.
0 comments: on "BRAVO !!!"
Post a Comment