"The future belongs to those who prepare for it today!"-Malcom X

Kuasa Kepimpinan Al-Fateh (IQ-EQ-SQ)

Tuesday, February 17, 2009

LELAKI SOLEH



Lelaki soleh dapat didefinisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman ( mukmin ),bersih dari segi zahir dan batinnya,mengambil makanan yang bersih dan halal ( bukan dari sumber yang haram ) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya daripada perkara-perkara yang mendorong ke arah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.Lelaki soleh juga ialah lelaki yang sentiasa taat kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya walau di mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa .Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat atau diukur dari segi lahiriah semata-mata kerana berkait rapat dengan massalah AQIDAH dan KEYAKINAN,kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya.

TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang mesti sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna,maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja.Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan,barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegakitu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata.Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan,tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita an jalan hidup seseorang itu.

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL-QURAN DAN AL-HADIS...

1. Sentiasa taat kepada Allah S.W.T dan Rasulullah s.a.w.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid aalah cita-cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah S.W.T.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah S.W.T dan ancaman-Nya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah S.W.T dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah S.W.T.
12. Selalu berinfaq sama ada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhuwwah antara mereka.
14. Sangat kuat amar makruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia,sentiasa saling bertolenransi sesama ikhwan dan tawadhuk penuh kepada Allah S.W.T.
17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.


Selain daripada ciri--ciri diatas ,orang-orang soleh juga merupakan insan-insan yang sentiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah S.W.T setelah para nabi dan orang-orang yang mulia.Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian.Mereka tidak mudah menyerah kalah dengan keganasan dan tekanan musuh.
TUGAS-TUGAS DAN KEWAJIPAN LELAKI SOLEH...

1. Mencari nafkah (belanja hidup )
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin,mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "LELAKI SOLEH"

Post a Comment