SALAM PERJUANGAN MAHASISWA..
SALAM PERJUANGAN ISLAM...
SALAM PAKATAN AZAM...
Tanggal 17 Mac yang lalu merupakan satu tarikh yang amat menyedihkan buat keluarga kak Amalina ( timb. masjid dan imarah ) kerana pada tarikh tersebut bapa beliau,Allahyarham Kamaruzaman telah kembali ke Rahmatullah.Semoga Allahyarham ditempatkan dan digolongkan bersama-sama dengan orang mukmin di akhirat kelak.Ini merupakan salah satu tanda-tanda dan peringatan daripada ALLAH untuk mengingatkan kita bahawa ajal kita akan tiba pada bila-bila masa sahaja.Marilah kita bersama-sama mensedakahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.AL-FATIHAH......Buat kak Amalina,ingat akak bukan seorang sekarang,kami semua sentiasa bersama akak.Pape pun perjuangan ISLAM mesti tetap diteruskan.HIDUP DAULAH ISLAMIYAH !!
Pada hari tersebut juga,barisan kepimpinan ALAM seperti Ust Izzat,Akh Husaini,Akh Akmal,Akh Zahir dan Akh Din telah meluangkan masa untuk menziarahi keluarga kak Amalina dan menunggu hingga ke saat pengebumian jenazah.Pada sebelah petang pula,Kak Dhiyaul dan Kak Nabilah juga sanggup datang dari KUIS ke Rembau dengan menaiki komuter dan bas untuk menziarahi keluarga kak Amalina ( nasib baik ade sorang hamba Allah yang sanggup jemput dan hantar balik kan..hehehe )Jazakallah juga diucapkan kepada barisan kepimpinan ALAM yang sudi meluangkan masa untuk datang ke rumah ana pada hari tersebut.Harap sudi-sudilah datang lagi pada masa yang akan datang ye..
Akhir kalam,jaga hati,jaga iman,jaga amal...MEMBANGUN BERSAMA ISLAM !!!
7 years ago
0 comments: on "Takziah Buat Keluarga Kak Amalina."
Post a Comment