Pengertian Jihad : Am Dan Khas
Ketahuilah, sesungguhnya berjihad itu ada dua pengertian.Keduaa-dua pengertian digunakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.Pertama,jihad dengan makna yang am. Ia bermaksud usaha yang bersungguh-sungguh dalam mencapai perkara-perkara yang disukai Allah yang berkisar mengenai keimanan , amal yang soleh dan menolak perkara yang dibenci Allah daripada kekufuran , kebatilan dan kederhakaan.Antara contoh jihad jenis 'am' ini ialah jihad melawan nafsu dan syaitan serta jihad kepada ahli mungkar yang melakukan kezaliman dan kefasikan,iaitu amar makruf nahi mungkar. Adapun jihad dengan pengertiannya yang khas ialah mengeluarkan segala keupayaan dalam memerangi orang-orang kafir untuk menegakkan agama Allah , sama ada secara lansung ataupun dengan memberi pertolongan berupa harta , pandangan keintelektualan ataupun dengan meramaikan ahli kumpulan Islam yang menentang puak-puak yang kafir (dengan memberi sokongan kepaada kumpulan Islam) atau pertolongan yang lain daripada itu.Semua ini termasuk dalam pengertian jihad yang khas sekiranya tujuan peperangan itu adalah untuk memecahkan kekuatan kuffar dan untuk meninggikan serta memuliakan agama.
Jihad Am Tidak Menggugurkan Tuntutan Jihad Khas
Maka dapatlah difahami daripada takrif ini bahawa sesungguhnya tidak harus (haram) berpeluk tubuh meninggalkan jihad yang khas dengan beralasan telah melaksanakan jihad yang 'am' sebagaimana keadaan yang berlaku kepad sebahagian puak orang-orang Islam di zaman ini.Hal yang demikian adalah kerana kewajipan melaksanakan jihad khas itu tidak akan gugur selama-lamanya sehinggalah orang-orang kafir itu dapat dilemahkan.Dalam pengertian ,orang-orang kafir yang perlu dilemahkan termasuklah setiap musyrik , munafik , mulhid (ateis) zindiq dan setiap orang yang murtad.Semoga Allah melaknat mereka semua dan semoga Dia memelihara kita semua daripada kekufuran dan kejahatan-kejahatan mereka.
Dua Bentuk Kewajipan Jihad Khas
Dan kemudianya hendaklah engkau mengetahui bahawa jihad dengan maknanya yang khas itu dari sudut kewajipannya terdapat dua bentuk : iaitu fardhu kifayah dan fardhu 'ain.Telah berkata Imam An-Nawawi Rahimahullah di dalam matan al-Minhaj : “Jihad pada zaman Rasulullah S.A.W hukumnya adalah fardhu kifayah , dan ada juga pendapat yang lemah yang mengatakan hukumnya fardhu 'ain , dan adapun selepas zaman Rasulullah S.A.W itu , jihad menentang orang kafir terdapat dua keadaan sahaja : Yang pertamanya orang-orang kafir itu berada di negara mereka sendiri , maka hukumnya adalah fardhu kifayah , apabila telah dilaksanakan oleh sesiapa yang ada pada diri mereka itu kemampuan dari kalangan orang-orang Islam , maka gugurlah tuntutan fardhu kifayah tersebut daripada sekalian baki dari kalangan orang-orang”.Kedua , orang-orang kafir itu memasuki negara kita (yakni negara umat Islam) maka menjadi wajiblah keatas setiap rakyatnya untuk mempertahankan dan menolak dengan apa sahaja yang paling mampu , dan sekiranya mampu , untuk bersiap sedia untuk berperang , maka wajiblah apa yang termampu itu , sehinggalah ke atas orang-orang fakir , kanak-kanak , orang-orang yang berhutang , hamba 'abdi dengan tidak perlu meminta izin”.Pengarang kitab 'Bulghatus Salik li Aqrabil Masaalik fi Mazhab Al-Imam Malik' menerangkan : “Berjihad pada jalan Allah untuk meninggikan kalimah Allah Ta'ala pada setiap tahun hukumnya adalah fardhu kifayah , apabila telah dilaksanakan oleh sebahagian daripada orang-orang Islam , maka gugurlah tuntutan ke atas yang selainnya , dan jihad itu menjadi fardhu 'ain (iaitu menjadi fardhu 'ain seperti solat dan puasa) melalui penentuan oleh pemimpin , dan juga dengan masuknya musuh ke dalam negara orang-orang Islam maka ianya menjadi fardhu 'ain ke atas mereka ( ahli-ahli negara tersebut) dan ke atas mereka yang tinggal berdekatan dengan negara mereka , sekiranya mereka itu lemah (untuk memerangi musuh).Dan menjadi fardhu 'ain juga ke atas orang perempuan , hamba-hamba , dalam situasi ini walaupun mereka dihalangi oleh wali mereka , suami , pemilik (tuan bagi hamba) , pemiutang sekiranya mereka berhutang.Jihad ini juga menjadi fardhu 'ain dengan jalan nazar.Dan adapun hak bagi ibu bapa untuk melarang (anak-anak mereka untuk terlibat dengan jihad) adalah hanya pada ketika jihad itu hukumnya fardhu kifayah”.Dan aku berkata : Semoga , hikmah daripada hukum ini (tidak boleh menghalang pada ketika hukum berjihad fardhu 'ain) akan meramaikan bilangan orang-orang yang akan berjihad dan berperang serta menyatukan kesatuan dan membersihkan wala'-wala' mereka semua untuk diberikan kepada pemimpin jihad sahaja.
1 comments: on "JIHAD..."
Post a Comment