"The future belongs to those who prepare for it today!"-Malcom X

Kuasa Kepimpinan Al-Fateh (IQ-EQ-SQ)

Friday, November 27, 2009

Gerakan Mahasiswa Islam Menggugat - Siri 1













"Semanis Bicara Menyulam Madah"

"Tanpa berlengah-lengah saya membuat keputusan bahawa sumbangan yang abadi yang dapat diberikan oleh seseorang dalam keadaan seumpama ini ialah menulis sebuah buku; kerana buku dapat kekal lama, selepas kerajaan, manusia, negara, catatan pemikiran dan tindakan manusia lupus."
-Syed Naquib al Attas-



" DENGAN 'JIWA MAHASISWA KITA MENGGAPAI ALAM DEWASA. JIWA MAHASISWA ADALAH SEMANGAT TERUS BELAJAR DAN MENCABAR SEIRING DENGAN KEMATANGAN DAN KECERDIKAN SESEORANG DEWASA.WADAH INI CUBA MENYULUHI UMAT DENGAN NASIHAT "



Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT dengan lautan nailofar kasih sayangNya, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabatnya yang memandi peluh serta memercik darah bagi menyebarkan Islam menaungi alam raya. Semoga Allah memayungi rahmat untuk sekalian alam terutamanya kepada pendokong agama Allah. GERAKAN MAHASISWA ISLAM MENGGUGAT merupakan sebuah risalah dituju khas untuk sahabat mahasiswa terutama sahabat mahasiswa di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Risalah ini bertujuan memberi gambaran awal kepada generasi mahasiswa, adik-adik pelajar dan peminat gerakan mahasiswa tentang sejarah dan cabaran generasi awal golongan mahasiswa Islamis yang menguasai politik kampus di negara ini. Dengan adanya risalah ini, penulis mengharapkan agar mahasiswa mengetahui sejarah awal kebangkitan mahasiswa Islam bukan hanya mendengar secara lisan tentang lagenda gerakan mahasiswa Islam.

 Penulis telah memilih isu-isu yang penting dan paling mempengaruhi kebangkitan awal gerakan mahasiswa Islam. Kebetulan kunci-kunci kebangkitan GMI di Malaysia berada di Universiti Malaya. Universiti Malaya merupakan medan pertama kebangkitan mahasiswa Islam sama ada dalam pola pertama iaitu GMI sebelum AUKU 1975, pola kedua, cabaran golongan mahasiswa nasionalis-Islamis untuk menguasai politik kampus dan pola ketiga, GMI di bawah suluhan pimpinan ulama. Ketiga-tiga pola ini sangat menpengaruhi pembudayaan politik kampus di Malaysia dan mula menjalar dalam diri mahasiswa di bumi KUIS yang sebelum ini sekian lama berada di dalam 'era kegelapan' akibat kelesuan idealisme mahasiswa serta pimpinan kampus.

Akhir kalam, penulis mengharapkan risalah ini dapat menyemarakkan kembali gerakan mahasiswa Islam di kampus nasional. Seperti kenyataan Syed Naquib al Attas di atas, penulis ingin meninggalkan satu harta yang paling berharga iaitu menulis sebuah buku. Diharap risalah ini dapat dimanfaat sebaik mungkin oleh para pembaca. Semoga Allah merahmati hidup kita semua. Bagi aktivis GMI mahupun GMS, teruskan perjuangan dan selamat berjuang. Takbir!!



-Islam Memerintah, Bukan Islam Diperintah.-


bersambung pada bab seterusnya.....




Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Gerakan Mahasiswa Islam Menggugat - Siri 1"

Post a Comment