"The future belongs to those who prepare for it today!"-Malcom X

Kuasa Kepimpinan Al-Fateh (IQ-EQ-SQ)

Tuesday, November 24, 2009

Majlis Perwakilan Mahasiswa Tidak Berfungsi?


Setiap kali sesi baru bermula, isu politik kampus diperkatakan oleh semua pihak yang berminat mengikuti perkembangan ini. Bilakah Pilihanraya Kampus akan diadakan? Golongan manakah yang akan menguasai tampuk kepimpinan kampus? Inilah diantara topik yang hangat diperbualkan dikalangan politikus kampus. Mereka seolah-olah begitu berminat terhadap perkembangan politik kampus. Tetapi keghairahan mereka terhadap pilihanraya kampus tidak ke mana. Habis pilihanraya, mereka pun senyap dengan hal masing-masing kecuali dua tiga kerat sahaja. Apa yang MPM nak buat selepas itu, mereka tak ambil pusing lagi. Tugas mereka memilih MPM sudah berakhir (?) Mereka sudah tidak berminat lagi untuk mengetahui, apa perana MPM diadakan? Kemanakah perjuangan pelajar hendak dihalakan? Untuk siapakah MPM itu, mahasiswa atau pentadbiran (JPM)?

Majlis Perwakilan Mahasiswa sendiri tidak berhak mencorakkan perjuangannya dengan lebih terbuka dan bebas kerana boleh diambil tindakan undang-undang pada bila-bila masa. Seolah-olah mereka lebih senang MPM menjadi golongan "yes man" dari bertindak sebagai "pressure group" yang membina atau lebih tepat agaknya kalau kita katakan MPM adalah badan yang ditubuhkan semata-mata untuk menjadi "kambing hitam" JPM dan "membantu" JPM di dalam pentadbiran KUIS. Kesannya jadilah MPM sebagai badan penganjur program-program bercorak kebudayaan, sukan dan baktisiswa sahaja.

Apa tidaknya? Mereka ini 'dikongkong' dan 'tidak dibenarkan' bersuara lantang menegur atau mengkritik sesuatu tindakan yang dibuat walaupun tindakan tersebut melanggar undang-undang dan mencabul hak kebebasan bersuara yang dibenarkan oleh demokrasi. Mereka ini 'tidak dibenarkan' membuat kenyataan akhbar dan bila bersuara lantang diugut dengan berbagai peraturan.

Apakah ini satu perkembangan yang sihat untuk melahirkan pemimpin yang berkaliber generasi 2020? Apa untungnya melahirkan pemimpin "yes man" dan "pak angguk" kepada pembangunan negara? Apakah tidak mungkin negara akan menuju ke gerbang kehancuran kerana melahirkan pemimpin yang tidak berpendirian, rasuah dan pentingkan diri sendiri? Berbagai lagi soalan yang akan timbul.

MPM yang pada awal penubuhannya harus bertindak sebagai lidah rasmi mahasiswa dalam membawa isu-isu yang berkaitan dengan kebajikan dan hak-hak eksklusif mahasiswa kepada pihak pentadbiran untuk pembelaan kini telah mula berubah arah hasil acuan doktrinisasi JPM dan beberapa sosok tubuh pengkhianat mahasiswa. Kini MPM bukan sahaja lansung tidak mengendahkan masalah mahasiswa yang boleh diibaratkan nan "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" bahkan tanpa perasaan malu dan segan silu telah menjadi 'air liur' rasmi kepada JPM. Sungguh memalu dan menyedihkan!
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Majlis Perwakilan Mahasiswa Tidak Berfungsi?"

Post a Comment