"The future belongs to those who prepare for it today!"-Malcom X

Kuasa Kepimpinan Al-Fateh (IQ-EQ-SQ)

Tuesday, September 21, 2010

SMM Seru Mahasiswa Turun Ke 'Himpunan Bebaskan Mahasiswa' !





































Sumber : http://mygamis.blogspot.com/2010/09/smm-seru-mahasiswa-turun-ke-himpunan.html


Satu mobilasi di peringkat seluruh mahasiswa akan di adakan sempena keputusan perbicaraan kes 'Puaka UM' pada 24 September ini di Mahkamah Jalan Duta.

Setiausaha Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman berkata, himpunan itu sebagai menyatakan harapan keadilan di peringkat seluruh mahasiswa kepada institusi mahkamah di Malaysia.

Ridzuan dalam kenyataannya kepada mygamis.blogspot, berkata, beliau yakin akan kreadibiliti Mahkamah di Malaysia sebagai telus, adil dan bijaksana dalam menilai setiap fakta kes.

"Saya mengharapkan seluruh mahasiswa, aktivis dan masyarakat untuk sama-sama berdoa bagi kemenangan kes ini", ujarnya.

Presiden GAMIS, Mohd Idris Yusoff turut menyeru seluruh ahli-ahli GAMIS menyertai himpunan tersebut sebagai tanda sokongan.

"Sejak dahulu lagi mahasiswa sering dihimpit dengan tekanan demi tekanan. Tiada ruang untuk bersuara. Keputusan kes ini sebagai penentu masa depan gerakan mahasiswa dan Malaysia" katanya lagi.

SMM juga menyeru seluruh mahasiswa Islam agar mengadakan solat hajat untuk kemenangan kepada mahasiswa yang ditindas di dalam kes tersebut.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "SMM Seru Mahasiswa Turun Ke 'Himpunan Bebaskan Mahasiswa' !"

Post a Comment