"The future belongs to those who prepare for it today!"-Malcom X

Kuasa Kepimpinan Al-Fateh (IQ-EQ-SQ)

Sunday, December 27, 2009

Wacana Pilihanraya Kampus KUIS








Buat Mahasiswa,

Salam memacu idealisme buat seluruh mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Dalam kesibukan kita merencana haluan akademik mahupun siasah kampus, jangan kita pinggirkan lipatan sejarah PRK yang mula bertapak di bumi KUIS sejak tahun 1995 lagi. Bagi golongan mahasiswa yang agak cakna terhadap liku-liku siasah kampus KUIS, tentu sekali PRK pada tahun lepas tidak dapat dilupakan daripada peti minda kita walaupun sudah setahun ia berlalu dan kita akan menempuh satu lagi PRK yang akan memasakkan tirainya tidak lama lagi.



Buat Mahasiswa,


Buat pertama kalinya dalam PRK KUIS, pilihanraya pada tahun lepas hanya mempertandingkan kerusi umum dan hanya calon kerusi itulah yang telah dipangkah oleh mahasiswa yang turun mengundi pada hari tersebut (tidak sampai 50% mahasiswa yang turun mengundi). Sejarah PRK ini juga mencatatkan bahawa inilah PRK yang terlalu 'simple' dalam sejarah PRK sejak KUIS ditubuhkan.


Inilah dia jumlah undian pimpinan MPM kini ketika pilihanraya kampus yang lalu :-



Akram Ikrami Taib Azamudden 1733 Undi






Nasrul Izad Md Isa 1669 Undi






Toyyibah Az-Zahra 1458 Undi






Dalilah Hadifah 1359 Undi






Hafiz Mokhsin(meletakkan jawatan) 1249 Undi






Helmi 1087 Undi








Buat Mahasiswa,

Cuba kita bayangkan sekiranya tampuk pimpinan tertinggi mahasiswa itu tiada calon lansung yang ingin memasukinya pada masa akan datang. Tidakkah ia memberikan gambaran bahawa sama ada MPM itu sendiri yang ber'masalah', menyebabkan mahasiswa tidak ingin mencuba nasib ataupun ada 'faktor' lain yang menyebabkan MPM itu ber'masalah' dan mahasiswa tidak berani menanggung risikonya.



Namun, sejak kebelakangan ini landskap siasah kampus KUIS sudah mula berkocak ibarat satu tsunami siasah kampus akan berlaku dan akan terus diterjemahkan pada pilihanraya kampus yang akan datang. Bermula dengan dengan kehadiran kelompok mahasiswa yang memperjuangkan penurunan harga yuran KUIS dengan menggelarkan diri mereka sebagai 'Gerakan Mahasiswa sedar (GMS)' pada awal semester yang lalu, kemudian disusuli pula dengan 'Gerakan Turunkan Yuran (GTY)' yang kehadirannya ibarat 'stereotaip' kepada GMS, dan seterusnya menjelma pula 'Gagasan Keadilan Mahasiswa (GKM)' yang pada hemat penulis gerakan tersebut merupakan 'tunas' kepada MPM berdasarkan kepada beberapa fakta berikut iaitu memo yang telah mereka edar dan tampal serentak dengan keluaran dan edaran memo daripada MPM dan 'petugas-petugas' yang telah ditugaskan untuk mengedar serta menampalkan memo GKM adalah petugas yang sama ditugaskan untuk mengedarkan memo MPM.



Buat Mahasiswa,

Kehadiran gerakan-gerakan tersebut telah mewarnai landskap siasah kampus KUIS dengan penuh harmoni dan dilihat ia merupakan suatu perkembangan yang sihat jika dilihat daripada sudut siasahnya jika hendak dibandingkan dengan landskap siasah KUIS pada tahun-tahun terdahulu yang begitu kusam dan hambar.


Pada pandangan peribadi penulis, amatlah molek sekiranya pada pilihanraya kampus pada tahun ini pihak pentadbiran KUIS (JPM) membenarkan wujudnya pertandingan antara kelompok-kelompok mahupun gerakan-gerakan mahasiswa yang telah wujud di bumi KUIS kini. Lihat sahaja di dunia realiti di luar sana, ketika Barisan dan Pakatan sering bertungkus lumus bagi menyakinkan rakyat bahawa merekalah yang terbaik, maka secara lansung ataupun tidak, ia sedang menyuburkan demokrasi agar rakyat benar-benar dapat memilih calon yang sesuai buat mereka.



Dalam dunia politik mahasiswa pula, kita dapat melihat betapa 'terbuka'nya pemikiran pentadbiran (HEP) di UM mahupun di UIA dengan membenarkan mahasiswa mewujudkan 'parti-parti' tertentu untuk bertanding dalam pilihanraya kampus seperti pertembungan antara Pro-Mahasiswa dengan Aspirasi di Universiti Malaya dan pertembungan antara 'We Unite For Islam (WUFI)' dengan Aspirasi juga di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Pertembungan antara 'parti-parti' mahasiswa ini bukan sahaja tidak disekat oleh pihak pentadbiran universiti mereka malah pihak pentadbiran melihat pertembungan ini sebagai sebuah pertembungan yang sihat untuk menjamin kesegaran idealisme serta pemikiran mahasiswa mereka.


Bagi kita sebagai mahasiswa di KUIS, andai cara lama tetap kita teruskan dengan hanya calon bertanding itu atas tiket persendirian semata-mata, penulis yakin apa yang kita takutkan dengan ketiadaan calon yang benar-benar layak untuk menerajui kepimpinan MPM akan datang benar akan terjadi. Walaupun penulis tidak nafikan bahawa tetap ada calon persendirian yang layak dan sangat layak pun untuk menerajui MPM, tapi hakikatnya keberadaan mereka yang hanya 'sekerat dua' itu seperti 'cukup cukup tidak cukup' sahaja.


Ayuh gerakan-gerakan mahasiswa di bumi KUIS! Harmoni dan gegarkan landskap siasah kampus KUIS pada pilihanraya kampus yang akan datang ini dengan menampilkan calon-calon 'parti' kalian untuk bertanding dan seterusnya menerajui tampuk pimpinan tertinggi kampus!


Jangan kita biarkan bumi KUIS ini 'kering-kontang' akibat daripada ketandusan idelisme dan kredibiliti pimpinan kampus pada pilihanraya kampus nanti.


Ayuh GKM, GMS, GTY, KMN, Pro-MPM, Pro-JPM mahupun gerakan-gerakan mahasiswa yang sudah wujud di bumi KUIS ini, kita 'serang' pilihanraya kampus yang akan menjelma tidak lama lagi dengan 'pencak' idealisme dan matlamat perjuangan kalian!
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Wacana Pilihanraya Kampus KUIS"

Post a Comment