"The future belongs to those who prepare for it today!"-Malcom X

Kuasa Kepimpinan Al-Fateh (IQ-EQ-SQ)

Tuesday, January 5, 2010

Antara Nama Allah, UMNO-BN dan Media



















Derapan tahun 2010 kini berjaya dibuka oleh rejim sekular-UMNO dengan mainan isu penggunaan nama suci Allah yang sepatutnya sudah sekelian lama diselesaikan di peringkat akar umbi. Namun apa yang menjadi persoalannya kini, mengapakah tahun 2010 yang pada mulanya dimeterai dengan pergolakan isu kenaikan harga gula yang sepatutnya dibicarakan dengan lebih serius oleh rakyat 1 Malaysia kini telah berjaya 'diindahkan' oleh regim UMNO dengan isu penggunaan nama Allah? Dalam ilmu media mahupun politik, inilah mainan yang dinamakan sebagai 'diversion tactic'.

nota:

mula enjin hilang
heboh cerita raja petra

kemudian gula naik harga
heboh cerita nama tuhan

ini trik lama
selalu ulang tayang

nak bagi satu malaysia lupa
siapa bunuh teoh
siapa bungkus 12 bilion ringgit duit pkfz
nak bagi satu malaysia lupa
madey lingkup 100 bilion

dalam ilmu media
ini dipanggil diversion tactic

jangan kena kelentong
nanti terpijak berak dalam tong kah kah kah



KENYATAN RASMI PAS BERKENAAN ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH


PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.


Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.


PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.




pesanan :

ini sekadar pandangan peribadi penulis


- Semanis Bicara Menyulam Madah -
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Antara Nama Allah, UMNO-BN dan Media"

Post a Comment