Diriwayatkan dari Anas Bin Malik bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda
" Sesungguhnya ALLAH mempunyai hamba yang kelak pada hari kiamat disediakan untuk mereka mimbar.Mereka adalah kaum yang pakaiannya bercahaya dan wajah yang bersinar.Mereka bukan para Nabi dan syuhada' bahkan para Nabi dan syuhada' iri hati pada mereka.Maka para sahabat bertanya kepada Rasulullah,siapakah mereka itu?Rasulullah S.A.W menjawab,mereka adalah orang-orang yeng berkasih sayang kerana ALLAH,saling mengunjungi kerana ALLAH dan bergaul dengan baik kerana ALLAH "
Begitulah hadis yang menerangkan tentang nilai dan erti sebenar sebuah perhubungan atau persahabatan hanya kerana ALLAH dan mengharapkan redha-Nya.Hadis ini telah banyak mengajar ana tentang apa sebenarnya maksud S.A.H.A.B.A.T.Satu perkataan yang begitu mudah untuk disebut tetapi amat payah untuk difahami.
Anuar Faiz Bin Md Desa dan
Nazirul Fathi Bin Khalid.Dua orang insan yang amat-amat bermakna dalam hidup ana sepanjang pengajian ana di KUIS ini.Insan yang sentiasa bersama ana dalam susah dan senang walaupun mereka terpaksa bersusah payah hanya untuk mengembirakan ana.Memang sukar untuk mencari teman seperti mereka tapi Alhamdulillah ALLAH telah mengurniakan kepada ana dua orang insan yang bernama sahabat.
Dalam senang kami bersama,dalam duka pun kami tetap bersama.Kadang-kala terlanjur kata dan terguris hati tapi hati kami tetap bersama.Itulah nilai sebenar sebuah persahabatan.Nilai yang tidak dapat diganti atau dibayar dengan wang ringgit.
Faiz...Nazirul....aku sayangkan korang sangat2.
Kita bertemu kerana ALLAH dan InsyaALLAH kita akan berpisah juga kerana ALLAH.
Moga kita akan dipertemukan di dalam syurga kelak juga sebagai sahabat.
" Ya ALLAH,Kau berikanlah kesejahteraan dan kebahagiaan kepada sahabat-sahabatku,dan Kau dekatkanlah hati-hati kami kepada-Mu agar kami dapat menempuh liku-liku hidup ini dengan keimanan dan ketaqwaan kepada-Mu Ya ALLAH..."
0 comments: on "ADAKAH KITA TETAP BERSAMA?"
Post a Comment