"The future belongs to those who prepare for it today!"-Malcom X

Kuasa Kepimpinan Al-Fateh (IQ-EQ-SQ)

Friday, February 13, 2009

MAHASISWA vs PEPERIKSAAN


Salam Perjuangan buat sahabat-sahabatku...
Dalam berbaki beberapa hari dan detik saja lagi seluruh mahasiswa KUIS akan menghadapi peperiksaan akhir dimana ia akan menjadi satu titik tolak kejayaan seseorang mahasiswa itu sendiri dalam arena masing-masing.Didoakan semoga seluruh mahasiswa KUIS berada dalam rahmat dan kasih sayang tuan empunya dunia,ALLAH Rabbul Jalil dan dapat menghadapi peperiksaan itu dengan semangat jihad yang tinggi dan berbekalkan iman dan taqwa.

Dalam kesibukan para mahasiswa KUIS mengharungi peperiksaan ini,pelbagai senario dapat dilihat muka bumi KUIS ini.Jika dahulunya masjid Al-Azhar yang tesergam indah ditengah-tengah bumi KUIS ini hanya dipandang sepi oleh sebilangan mahasiswa dan dibiarkan lengang dengan hanya satu ataupun dua saf saja ( kadang2 satu saf pun tak penuh ) terutama solat subuh,kini mula dibanjiri dengan kehadiran mahasiswa yang mula memohon redha dan rahmat daripada ALLAH SWT sempena minggu peperiksaan yang bakal tiba.Inilah yang dipanggil 'sindrom taubat peperiksaan' kerana apabila peperiksaan semakin hampir sahaja sindrom ini akan berlaku.

Pelik? Pelik? Pelik? Adakah ALLAH SWT menyuruh kita memperbanyakkan ibadat hanya pada minggu peperiksaan sahaja???Tapi itulah hakikat yang sebenarnya yang berlaku pada hari ini.Minggu peperiksaan adalah minggu tambah amal dan mohon taubat.Hari lain tak buat pun tak pe kot,itulah antara kata-kata mahasewel minda kelas ke trilion.Faham-faham la ye.
Jadi tepuklah dada,tanye iman kita yang tak seberapa ni.Pape pun semoga kita semua berada dibawah rahmat,kasih sayang dan petunjuk ILAHI.
Akhir kalam,jaga hati,jaga mata,jaga mulut,jaga telinga,jaga iman,jaga amal,jaga semuanya.
Salam A'laik...
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "MAHASISWA vs PEPERIKSAAN"

Post a Comment